Mengemas rumah, memasak, uruskan masa untuk suami dan anak – anak dalam satu masa menjadikan perempuan seorang yang multitasking. Walaupun begitu, secara tidak langsung sebenarnya rutin harian ini boleh menyebabkan stress dan kepenatan.
Jadi persoalannya sekarang ini, berapa lamakah perempuan harus tidur agar tetap sihat, bersemangat dan produktif. Logiknya adalah, semakin banyak anda menggunakan otak pada siang hari, semakin banyak waktu tidur yang diperlukan bagi setiap individu.
Kebanyakkan Perempuan Selalu Kurang Tidur
Kebanyakkan wanita sering bekerja dengan cara yang lebih kompleks berbanding lelaki dan secara tidak langsung mereka memerlukan lebih banyak waktu untuk tidur.
Orang dewasa rata – rata memerlukan 6 -8 jam untuk tidur supaya boleh memulihkan kondisi tubuh dari kepenatan tetapi perempuan biasanya tidak akan pernah tidur selama itu apa lagi bila mereka sudah berkeluarga,
Perempuan Lebih Mudah Terjaga Ketika Tidur
Hal ini kesannya buruk pada kesihatan perempuan berbanding lelaki. Contohnya seperti masalah jantung, diabetes, depresi, stress, atau kecemasan. Hal ini terjadi kerana perempuan di malam hari cenderung lebih sensitif terhadap suara bernada tinggi sehingga mudah terbangun.
20 Minit Tambahan
Cara penyelesaiannya adalah wanita haruslah menambah waktu tidur sekurang – kurangnya 20 minit (dari waktu tidur normal 6-8 jam) setiap hari sangat membantu dan memastikan para perempuan tetap ceria dengan pekerjaan multitasking mereka.