spot_img
spot_img

Tak Sangka Rupanya Kulit Tembikai Boleh Kilatkan Kuku!

spot_img

Penting ke memiliki kuku yang cantik dan bersih? Mungkin ramai yang tidak tahu kuku sering menjadi perkara pertama yang orang akan tengok ketika borak bersama kita.

Jadi, kita haruslah menjaga kebersihan kuku untuk tampil lebih kemas dan demi menjaga imej diri. Ini kami kongsikan cara menjaga kuku anda supaya bersih dan kilat.

Selamat mencuba.

- Advertisement -

1. Limau Nipis
Potong limau nipis kepada dua bahagian. Gosokkan ke atas kuku serta biarkannya selama beberapa minit. Bilas dengan air. Praktikan amalan ini untuk dapatkan hasil yang memuaskan!

2. Bawang Putih
Bwang putih bukan untuk masak je tau. Kupas kulit bawang putih dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian gosokkan bawang putih tadi ke atas kuku. Selesai, cuci dengan air bersih. Kuku akan lebih berkilat baik dalam mengatasi masalah kuku yang mudah rapuh.

3. Belimbing Buluh
Senang nak dapat di kawasan kampung. Gosok buah belimbing buluh terus ke atas permukaan kuku. Selepas itu, rendam kuku di dalam air suam yang telah dicampur garam untuk hasil yang lebih efektif. Kalau nak lagi cantik sapu minyak zaitun lepas kuku kering.

- Advertisement -

4. Lemon
Kandungan vitamin C yang tinggi dalam lemon mampu membuatkan kuku tampak lebih cantik dan berkilat. Hiris beberapa kepingan buah lemon. Sapukan hirisan lemon di atas kuku untuk beberapa minit. Bilas dengan air. Amalan ini boleh membantu dalam mengatasi kuku yang kekuningan.

5. Kulit Tembikai
Tak sangka tembikai boleh buat kuku cantik.  Caranya adalah dengan menggosok kulit buah tembikai ke atas permukaan kuku. Biarkan ia mengering. Cuci dengan air sehingga bersih.

Sumber: Karangkraf

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img