spot_img
spot_img

7 Senjata Rahsia Nak Pikat Mak Mentua

spot_img
Lepas akad nikah, anda kini sudah berstatus menantu. Jadi kenalah tahu teknik dan tips mengambil hati mertua, agar sentiasa disayangi. Bukan mertua sahaja, kena juga pandai ambil hati ipar.
Betul tak?
1. Setelah berkahwin, carilah masa untuk pulang ke kampung halaman, sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau dah ada anak, mereka tentu rindu dengan cucunya.
2. Pertama kali berjumpa mertua akan memberi ‘first impression’ kepada mereka. Namun, mungkin ada yang mengabaikan penampilan mereka setelah berkahwin beberapa bulan atau tahun.
3. Ia menjadi masalah utama apabila pertama kali bertemu dengan mertua, apatah lagi zaman kini ramai orang muda agak sukar berbual dengan orang  lebih tua.
4. Apabila sudah berkahwin, inilah antara kualiti yang paling dicari oleh mertua, lebih-lebih lagi yang perempuan. Jangan malu untuk mengaku jika anda tidak pandai memasak. Tetapi, tunjukkan kesungguhan untuk membantunya setiap masa.
5. Jangan bergaduh depan mertua.
6. Jika sebelum ini anda seorang yang mulut lepas, dinasihatkan supaya anda sentiasa menjaga pertuturan. Berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka dan jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.
7. Jangan asyik dengan mak mentua sahaja. Kena berbaik-baik dengan ipar yang lain. Ini penting supaya tidak berlaku cemburu dalam keluarga, lebih-lebih lagi antara ipar-duai perempuan.
Itulah tips tips yang saya nak kongsikan kepada anda semua.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img