Sebelum ini Yuna pernah tampil dalam majalah InStyle dan Nylon, kini Yuna menghiasi majalah terkenal Vogue Arabia. Berita gembira ini dikongsi oleh Yuna sendiri melalui akaun Instagramnya.
“Artikel mengenai saya berada di Majalah Vogue Arabia untuk isu Julai/Ogos dan menampilkan Jourdan Dunn sebagai wajah kulit depan dan saya di dalamnya”, tulis Yuna.
Artikel mengenai Yuna ditampilkan di muka surat depan rencana fesyen yang bertemakan “Hijabi Crush”. Tambah Yuna lagi dia sangat gembira jika wajahnya boleh ditampilkan di kulit majalah Vogue Arabia dengan nada jenaka.
Dalam artikel tersebut, Yuna menggayakan busana yang direka oleh pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat dan jurugambar yang bertanggungjawab untuk mengambil gambarnya ialah Aja Hitomi.
Vogue Arabia merupakan edisi Asia barat untuk majalah Vogue yang sangat terkenal di Amerika Syarikat. Majalah tersebut diedarkan di beberapa negara rantau asia barat seperti Arab Saudi, Bahrain, Qatar, Kuwait, Oman dan Emiriah Arab Bersatu.