spot_img
spot_img

1MDB : Lebih 30 Soalan Ditolak Speaker

spot_img

Anggota parlimen pembangkang hari ini memaklumkan, lebih daripada 30 soalan berkaitan 1MDB telah ditolak oleh speaker Dewan Rakyat.

Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, mempersoalkan tindakan itu serta alasan yang diberikan.

Gobind berkata, sebagai seorang anggota parlimen menjadi tugas mereka untuk membangkitkan isu-isu rakyat di parlimen.

- Advertisement -

Malah, katanya, soalan-soalan yang diajukan mereka kepada pihak kerajaan juga merupakan soalan yang mudah.

“Soalan saya, saya minta perdana menteri menyatakan apakah status siasatan kes 1MDB dan SRC dan apakah tindakan yang akan diambil.

“Ia soalan yang berbangkit memandangkan tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara mengenai isu ini.

- Advertisement -

“Speaker sepatutnya tidak menolak soalan seperti ini. Speaker kena kaji balik kemudahan untuk berbahas. Ini soalan yang akan mendapat jawapan bertulis,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah anggota parlimen pembangkang lain iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, anggota parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung dan anggota parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Jawapan daripada Speaker untuk menolak soalan Gobind ialah, sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan dengan perkara undang-undang yang belum menjadi masalah atau kerana hendak mendapat jawab dalam perkara yang dimisal-misalkan sahaja.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img