spot_imgspot_img

Doktor Jumpa 27 Kanta Lekap Pada Mata Wanita Ini

Siapa sangka rasa tidak selesa pada mata yang di sangkakan sebab usia, rupanya adalah disebabkan lapisan kanta lekap yang berlapis.

Kejadian ini telah dilaporkan di British Medical Journal dan berlaku di Hospital Solihull, UK.

Rupal Morjaria, pakar yang mengendalikan kes ini berkata, pada mulanya mereka menemui 17 kanta lekap, yang menyebabkan keradangan pada mata wanita berusia 67 tahun ini.

Selepas pemeriksaan, mereka menemui 10 lagi kanta lekap pada mata wanita berkenaan, menjadikan 27 kanta lekap pada mata wanita ini.

Wanita berkenaan telah menggunakan kanta lekap selama 35 tahun.

Rujukan: Optometry Today

comments

Terkini

spot_img
spot_img