spot_img
spot_img

Anda Berpeluang Melihat Gerhana Bulan Separa Selama 5 Jam

spot_img

Orang ramai di negeri ini bakal menyaksikan fenomena gerhana bulan separa selama lima jam pada 7 Ogos ini yang akan bermula pada 11.50 malam sehingga 4.50 pagi keesokan harinya.

Agensi Angkasa Negara berkata mereka yang mahu melihat fenomena itu secara lebih jelas perlu menggunakan bantuan teleskop dan instrumen optikal.

“Gerhana akan bermula dengan fasa gerhana bulan penumbra. Gerhana berada pada tahap maksima pada pukul 2.20 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

- Advertisement -

Gerhana bulan separa berlaku apabila sebahagian daripada cahaya matahari yang jatuh pada permukaan bulan terlindung oleh bumi.

Kali terakhir Malaysia menyaksikan gerhana bulan separa ialah pada 9 Mac tahun lepas.

Sumber: Bernama/ Sinar Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img