spot_img
spot_img

100m T36 London Milik Ridzuan. TAHNIAH!

spot_img

KUALA LUMPUR: Atlet Paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi gagal, mempertahankan pingat emas acara 100m T36 (cerebral palsy) selepas mendapat tempat kedua pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Pemegang pingat emas Olimpik Rio 2016 itu yang muncul juara pada Kejohanan Dunia 2015 di Doha, Qatar memenangi pingat perak dengan catatan masa 12.15 saat bagi menyamai masa terbaik beliau dalam acara yang diadakan di Stadium London di Queen Elizabeth Olympic Park, menurut laman web kejohanan www.paralympic.org/london-2017.

Atlet dari China Yang Yifei, yang juga pemenang pingat perak pada Olimpik Rio 2016, meraih pingat emas selepas mencatat rekod baharu Asia 11.93 saat manakala Rodrigo Parreira da Silva dari Brazil, pemegang pingat gangsa di Rio, sekali lagi mendapat gangsa dengan masa 12.28 saat.

- Advertisement -

Mohamad Ridzuan juga mengambil bahagian dalam acara 200m T36 di London tetapi hanya berjaya menamatkan kedudukan di tempat keempat pada 17 Julai lalu.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia mengumpul dua pingat emas dan satu perak dalam pertandingan itu yang berakhir esok waktu Malaysia.

Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas pertama negara selepas mencatat rekod dunia baharu dengan jarak lontaran 17.29 meter dalam acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) sebelum Abdul Latif Romly menyumbang emas kedua dengan rekod kejohanan baharu 7.37 meter dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran).

- Advertisement -

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img