spot_img
spot_img

Dollah Digantung 18 Bulan,Denda RM30,000

spot_img

KUALA LUMPUR: Kelantangan pengendali Pahang, Dollah Salleh, mengkritik mutu pengadilan membawa padah apabila digantung 18 bulan dan didenda RM30,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Hukuman berkuat kuasa mulai semalam, selepas diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM menerusi mesyuarat kelmarin.

Keputusan itu diumumkan menerusi kenyataan media di laman rasmi badan induk itu, sebentar tadi.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu, berkata Dollah didapati melanggar Artikel 61 Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 Statut FAM.

Katanya, tindakan Dollah membuat kenyataan di ruangan media berhubung isu membabitkan FAM tanpa kebenaran badan induk itu, secara terus boleh memberi impak negatif ke atas nama baik serta reputasi FAM.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu turut dihukum kerana mengecam urusan pentadbiran hal-ehwal FAM membabitkan pengadilan Liga Malaysia (Liga M) selepas perlawanan Pahang bertemu FELDA United, pada 1 Julai lalu.

- Advertisement -

Pahang tewas 1-2 kepada FELDA United pada perlawanan itu.

“Jawatankuasa memutuskan untuk menggunapakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM yang mana defendan dikenakan penggantungan sembilan bulan pertama (dari 21 Julai 2017 hingga 20 April 2018) manakala baki sembilan kedua (21 April 2018 hingga 20 Januari 2019) ditangguh.

“Ia tertakluk kepada kepada kelakuan baik defendan dan jika kesalahan sama berulang dalam tempoh 12 bulan selepas penggantungan pertama, hukuman penggantungan sembilan bulan kedua akan dikuatkuasakan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baljit mengesahkan hukuman itu boleh dirayu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img