spot_img
spot_img

Mahathir Disambut Sebagai Wira Di Pulau Pinang

spot_img

Percikan bunga api menerangi langit dan sorakan gemuruh menyambut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau tiba di rumah terbuka Aidilfitri parti itu di Pulau Pinang malam tadi.

Orang ramai, yang kebanyakannya berpakaian merah, berasak-asak untuk bersalam dengan beliau sambil mengucapkan “Selamat Hari Raya”.

Ia suatu pemandangan yang jarang berlaku di mana orang ramai yang berpakaian baju Melayu, bertudung dan berbaju kurung membanjiri bangunan Long Say yang dimiliki oleh Lee Kongsi, sebuah persatuan Cina di Jalan Burma.

- Advertisement -

Majlis itu menyaksikan Dr Mahathir diberi sambutan sebagai seorang hero kerana usaha beliau untuk menyatukan Pakatan Harapan, yang pada 14 Julai lau, mengumumkan barisan kepimpinannya menjelang pilihan raya ke-14 yang akan datang.

Orang ramai yang kelihatan begitu teruja, mengekori Dr Mahathir menuju ke meja utama di mana pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Chow Kon Yeow, dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun duduk di situ.

Ramai yang mahu mengambil gambar dan ‘selfie’ dengan Mahathir tetapi beliau dikelilingi pengawal peribadinya, menyebabkan seorang jurugambar berkata, “Lebih mudah buat liputan (Perdana Menteri) Najib (Abdul Razak).”

- Advertisement -

Kit Siang telah tiba awal di bersama rombongan DAP dan juga disambut oleh sorakan kuat dari ahli BERSATU.

Ketua Menteri merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng terpaksa berasak-asak melalui orang ramai untuk sampai ke meja utama dan berkata, “Terdapat kesesakan lalulintas untuk sampai ke sini”.

Dr Mahathir, yang duduk di sebelah isterinya Tun Dr Siti Hasmah, berjabat tangan dengan Kit Siang dan Guan Eng, diiringi oleh Muhyiddin, pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman dan pengerusi BERSATU Pulau Pinang, Marzuki Yahya.

Anak lelaki Mahathir yang juga mantan menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz dan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mujahid Yusof Rawa turut hadir, di samping ahli-ahli Parlimen DAP dan PKR yang lain.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img