spot_img
spot_img

HARAPAN Menang,Apa Yang Tun M Akan Buat Kepada Najib?

Orang ramai akan membuat keputusan apa yang perlu dilakukan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil alih pentadbiran Putrajaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya apakah perancangan beliau terhadap musuh ketatnya itu, Mahathir berkata “Terpulang kepada rakyat. Mereka tentunya mahu tindakan diambil terhadapnya”.

“Bahkan kalau saya cuba berunding dengannya, ia tidak akan berkesan kerana rakyat sangat marah dengan Najib”.

- Advertisement -

Mahathir bercakap dalam siaran secara langsung di Facebook bersama Pengerusi Kumpulan Multimedia Kebangsaan Thailand, Suthicai Yoon pada pagi ini.

Sementara itu, walaupun Mahathir percaya HARAPAN mempunyai sokongan yang cukup untuk menjatuhkan Najib, beliau juga percaya perdana menteri akan menggunakan “semua cara haram untuk mengekalkan kedudukannya”.

“Kita boleh memenangi majoriti. Satu-satunya masalah yang kita miliki ialah Najib akan menipu, dia akan menyogok dan melakukan semua perkara untuk mempertahankan kepimpinannya kerana dia tahu jika dia bukan perdana menteri, dia akan didakwa di mahkamah dan merengkok di penjara,” dakwa Mahathir.

- Advertisement -

Mahathir bagaimanapun menegaskan Umno tidak begitu kuat seperti dulu.

“Anda mesti ingat, kebanyakan ahli parti saya yang mahu menggulingkan Najib adalah bekas ahli Umno,” katanya.

Bekas perdana menteri itu juga ditanya sama ada beliau takut akan dibawa ke mahkamah atas ucapannya mengenai Najib.

“Setakat ini dia tidak menyaman saya, saya telah memanggilnya seorang pencuri, perompak, lanun, dia tidak menyaman saya,” katanya.

comments

Terkini

spot_img
spot_img