spot_img
spot_img

Rasuah Jualan Scorpene : Dua Eksekutif Perancis Terlibat

spot_img

Dua bekas eksekutif kanan didakwa terpalit dengan dengan rasuah berhubung jualan dua kapal selam kelas Scorpene kepada Malaysia pada tahun 2002, menurut sumber.

Agence France-Presse (AFP) melaporkan hari ini bahawa kedua-dua mereka adalah Phillippe Japiot, bekas ketua unit kapal dermaga laut Perancis DCNI dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua eksekutif firma pertahanan dan gergasi elektronik Perancis, Thales.

Adalah dilaporkan bahawa sumber juga memberitahu bahawa Japiot juga didakwa kerana “menyalah-guna aset sosial” dan Perrier untuk “terlibat dalam menyalah-guna aset sosial.

- Advertisement -

Siasatan itu dimulakan pada tahun 2010, selepas aduan difailkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Perancis pada bulan November 2009.

Siasatan adalah untuk menentukan sama ada bekas presiden kumpulan pertahanan Perancis, Thales International Asia, membayar sogokan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui bekas rakan karibnya, Abdul Razak Baginda, untuk kontrak membekalkan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia.

Najib adalah menteri pertahanan ketika penjualan dua kapal selam itu yang dilakukan melalui usaha sama antara Thales dan rakan firma pertahanan DCN.

- Advertisement -

Razak Baginda, Najib dan bekas presiden Thales, Bernard Baiocco menafikan dakwaan itu.

Sepanjang tahun 2001 hingga 2007, Japiot mengetuai DCNI, cawangan antarabangsa operasi kapal laut Perancis, yang bulan lalu mengubah nama kepada Naval Group.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img