spot_img
spot_img

Itu Tanggungjawab Kerajaan, Bukan Cenderahati

spot_img

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat tanpa menambah beban mereka, kata Bendahari Agung PKR Dr Tan Yee Kew.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak di blognya semalam bahawa projek Transit Aliran Massa (MRT) adalah “cenderahati” daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat.

“Adakah Salleh Keruak tidak dapat membezakan antara cenderahati dan satu tanggungjawab oleh sebuah kerajaan pemerintah untuk kemudahan rakyatnya?” Soal Tan dalam satu kenyataan hari ini.

- Advertisement -

Beliau menegaskan bahawa projek MRT Sungai Buloh-Kajang bernilai RM21 bilion adalah berpunca daripada wang rakyat yang dikutip daripada pelbagai jenis cukai seperti Cukai Barangan dan perkhidmatan (GST).

“Duit negara datangnya daripada rakyat yang dipungut daripada pelbagai jenis cukai termasuk GST, usahlah mengaku projek MRT ini sebagai cenderahati.

“Cenderahati daripada kerajaan Umno BN yang sebenarnya ialah cukai zalim GST dan skandal 1MDB yang membelenggu negara pada hari ini, malah rakyat kini terpaksa berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi,” katanya.

- Advertisement -

Malah menurut Tan, sistem pengangkutan awam di kawasan luar bandar masih tidak memuaskan dan mempersoalkan mengapa Salleh tidak memberikan cenderahati seperti MRT untuk rakyat Sabah.

“Tengok sahaja keretapi zaman bila masih wujud di sana,” katanya menambah Umno BN hanya menjadikan kesusahan rakyat untuk kesenangan pemimpin mereka.

Najib semalam melancarkan perkhidmatan MRT Sungai Buloh-Kajang dan mengumumkan diskaun 50 peratus tambang sehingga 31 Ogos.

Beliau juga berkata projek itu siap sebelum jadual kerana kontrak tidak diberikan kepada “kroni”.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img