spot_img
spot_img

Resepi Mudah Air Kurus Untuk Ibu Menyusu

Resepi yang dikongsian oleh Puan NurMaizatul Akmal Abd Hamid ini dikatakan baik untuk menjadi amalan ibu menyusu. Selamat Mencuba!

resepi mudah air kurus untuk ibu menyusu

Bahan bahan:
7 sudu makan halba campur
1/2 sudu makan kunyit (guna kunyit hidup)
1 sudu makan cengkih
3 helai bay leaf
5 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis (guna serbuk 2 sudu teh)
Lemon
Madu

- Advertisement -

resepi mudah air kurus untuk ibu menyusu

Cara cara:

1. Campurkan semua kecuali lemon dan madu kedalam periuk.
2. Tambah 2 liter air. Rebus 10minit
3. Tunggu suam, tuang dalam gelas.
4. Perah lemon 1 potong tambah 1sudu madu.
5. Kacau rata arah lawan jam.
6. Baca selawat, niat nak sihat tubuh badan dan kurus.
7. Minum pagi dan malam sebelum makan.
8. Balance masuk peti.
9. Bila nak minum keluarkan, panaskan je.

- Advertisement -

Rasa sedap manis manis madu, masam masam lemon. Cuba dulu, minum untuk kesihatan badan, kurus tu bonus. Yang penting buang lemak dalam badan dulu. Biar lambat, asal kan selamat.

Tapi diingatkan sekali lagi, jangan sesekali guna kulit kayu manis yang biasa guna untuk kari. Itu boleh membahayakan hati kita.

Semoga bermanfaat

comments

Terkini

spot_img
spot_img