spot_img
spot_img

Penyokong Kelantan Naik Minyak

spot_img

KOTA BHARU: Kemenangan 2-0 pasukan Perak ke atas Kelantan dicemari dengan insiden kekecohan membabitkan kedua-dua penyokong di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, sebentar tadi.

Kekecohan tercetus apabila penyokong Perak mula keluar dari stadium sebelum penyokong Kelantan bertindak menahan sebahagian mereka. Kekecohan 15 minit itu turut dicemari insiden membaling objek. Difahamkan, punca pergaduhan bermula selepas penyokong Perak mengutuk pasukan Kelantan susulan kekalahan itu.

Peniaga yang mahu dikenali Fendi berkata, dia menyedari insiden itu selepas terdengar bunyi bising berlaku sebaik perlawanan tamat pada jam 11.15 malam. “Kejadian itu berlaku di depan mata saya dan melihat kedua-dua bertindak berkumpul untuk bergaduh.

- Advertisement -

“Nasib baik polis cepat bertindak kalau tidak peristiwa hitam pada tahun 2009 dahulu akan berlaku sekali lagi,” katanya. Tindakan pantas pihak polis berjaya meleraikan kekecohan itu tanpa membabitkan sebarang kecederaan antara kedua-dua belah penyokong.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img