spot_img
spot_img

Mukhriz Sedia Saman Lagi

spot_img

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini dalam fasa mengambil langkah seterusnya selepas mendapati laporan berita berkaitan perbicaraan kes tindakan fitnahnya terhadap Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad di mahkamah telah diseleweng beberapa akhbar tempatan.

Menerusi satu kenyataan media, Mukhriz sudah meminta peguamnya mengambil segala langkah yang perlu dan wajar di sisi undang-undang.

“Saya telah ambil maklum berkenaan laporan beberapa pihak media berkaitan kes tersebut.

- Advertisement -

“Tajuk berita dan kandungan laporan-laporan itu bukan sahaja tidak benar, malah diselewengkan dengan curang untuk memberi gambaran yang salah berkaitan perjalanan perbicaraan itu,” katanya.

Terdahulu, Mukhriz memfailkan permohonan kebenaran agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikomitkan atas tuduhan menghina mahkamah.

Permohonan kebenaran itu difailkan melalui peguamnya, Muhammad Haniff Khatri Abdulla di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

- Advertisement -

Tindakan itu diambil ekoran kenyataan dibuat Najib pada 7 Julai lalu berhubung Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menjadikan Mukhriz perdana menteri adalah berkaitan isu sama dalam saman yang difailkannya terhadap Setiausaha Politik Perdana Menteri, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.

Melalui notis permohonan kebenaran untuk pengkomitan, Mukhriz mendakwa Najib telah membuat kenyataan pada 7 Julai lalu dan mendakwa kenyataan yang dibuat itu berkaitan isu sama yang menjadi asas kepada tindakan saman fitnah yang sedang berjalan.

“Permohonan ini dibuat berdasarkan kenyataan yang dibuat (Najib) secara terang dan jelas merujuk kepada plaintif (Mukhriz) yang boleh dikira mencampuri urusan mahkamah secara salah atau tidak wajar.

Mukhriz melalui notis permohonan itu berkata, kenyataan tersebut membawa maksud dan isu sama yang menjadi asas kepada tindakan saman fitnah ini, dan boleh mengganggu perbicaraan kes saman yang sedang berjalan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img