spot_img
spot_img

Lipas, Semut Dan Cicak Banyak Kat Rumah? Jom Halau Serangga Ni Dengan Bahan Mudah

spot_img

Makhluk perosak ialah haiwan yang menjejaskan manusia. Maksud makhluk perosak ini agak umum, iaitu semua organisma yang mempunyai nilai negatif kepada manusia. Dalam erti kata lain, makhluk perosak ialah pesaing bagi manusia keseluruhannya.

Dan kebiasaannya bagi menghalau makhluk ini, racun makhluk perosak digunakan, walaupun ia juga merbahayakan kesihatan pengguna.

Jom try beberapa cara dan petua yang menggunakan bahan tidak merbahaya bagi menghalau semut, lipas dan cicak di rumah.

- Advertisement -

A) Semut

ending lipas, semut dan cicak banyak kat rumah? jom halau serangga ni dengan bahan mudah
1. Serbuk Kunyit

Taburkan pada laluan semut.

- Advertisement -

2. Daun Sirih

Siat-siat daun sirih dan taburkan pada laluan semut.

3. Minyak Masak

Lap bekas yang berisi makanan manis serta bahagian yang sering didatangi semut dengan minyak masak.

4. Kulit Telur

Hancurkan kulit telur dan taburkan juga pada laluan semut.

B) Lipas

ending lipas, semut dan cicak banyak kat rumah? jom halau serangga ni dengan bahan mudah

 

1. Lemon

Hiriskan lemon dan letak pada bahagian yang kerap didatangi lipas. Cara ini juga akan menyegarkan bau kabinet dapur.

2. Daun Pandan

Lipas sangat tidak suka bau daun pandan. Hiris daun pandan dan taburkan dalam laci atau kabinet.

3. Buah Pelaga Dan Kayu Manis

Letak buah pelaga dan kayu manis pada tempat yang biasa didatangi lipas.

4. Serai Wangi

Lipas benci akan bau wangi. Siat batang serai dan letakkan dalam kabinet atau laci.

C) Cicak

ending lipas, semut dan cicak banyak kat rumah? jom halau serangga ni dengan bahan mudah
1. Kulit telur

Cicak tak suka bau telur. Letak kulit telur pada bahagian tingkap untuk elakkan cicak masuk ke dalam rumah.

2. Bawang

Gantung atau letak bawang merah dan putih pada tingkap atau pintu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img