Buah – buahan sering kali menjadi menu penutup makanan, buah juga menjadi salah satu pilihan popular pencuci mulut selain kek, aiskrim puding dan lain lain.
Selain itu, buah pun dianggap sebagai menu makana yang sihat, bergizi, dan boleh memenuhi nutrisi harian. Tapi, betul kah buah – buah sesuai dijadikan makanan penutup selepas anda selesai makan?
Dipetik dari portal KlikDokter, Dr Karin Wiradarma dan beberapa ahli kesihatan berpendapat, konsumi buah setelah makan mampu menyebabkan masalah pencernaan seperti kembung terutama jika anda makan lebih dari 175 gram sekali hadap.
Selain itu, buah juga menjadi salah satu penyebab program diet anda gagal kerana penambahan kalori yang tidak diperlukan tubuh. Jadi anda perlu berhati – hati untuk mengambil pengambilan buah.
Buah seeloknya dimakan ketika perut kosong untuk mendapat manfaat khasiatnya paling optimal.