spot_img
spot_img

Bekas Suami Elly Mazlein Minta Kurangkan Bayaran Nafkah Anak Kerana Nak Bayar Motorsikal

Sumber Utusan

Isu perceraian antara Azmi Hatta dan Elly Mazlein nampaknya tiada kesudahan . Terbaru, timbul pula isu Azmi meminta nafkah anak dikurangkan bayaran kerana tidak mampu.

Menurut Elly, alasan tidak mampu itu langsung tidak masuk akal dan pengurangan nafkah anak yang diminta Azmi itu dari RM1500 kepada RM500 sebulan. Elly mendakwa nafkah anak sebanyak RM500 itu tidak cukup untuk menampung kos sara hidup anak mereka,

- Advertisement -

“ Belum termasuk kos sara hidup lain ketika anak sakit, lampin dan sebagainya, bayaran untuk suntikan imunisasi sahaja sudah cecah RM400”

Jelas Elly, dia cukup kenal dengan bekas suaminya yang sebenarnya mampu sahaja untuk bayar nilai sebenar nafkah anak mereka.

Namun, menerusi laporan portal Utusan, Azmi memberitahu alasan utama dia meminta pengurangan adalah untuk membiayai kos motosikal berkuasa tingginya.

- Advertisement -

Hurm… Kami berharap Azmi dan Elly sama-sama capai kata sepakat dalam menyelesaikan masalah nafkah anak ini..

comments

Terkini

spot_img
spot_img