Diet Sup Kobis. Diet Atkin. Diet Salad. Semuanya untuk SATU sebab iaitu untuk KURUS.
Pernah dengar tentang Diet Telur Rebus? Trend diet yang menjadikan telur rebus ini mampu menurunkan berat badan sehingga 10 kilogram dalam masa dua minggu sahaja.
Ahli diet Jill Corlene menjelaskan telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk sarapan kerana ianya membantu dalam proses penurunan berat badan. Telur mampu membuat perut kenyang lebih lama kerana ia merupakan sumber protein dan serat yang sihat.
Dan diet telur rebus sendiri mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan cepat. Paling penting, jika anda mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan tidak akan meningkat mendadak.
Bukan itu sahaja, bintang K-pop Soyou mendedahkan dia mengambil 4 telur puyuh setiap hari sepanjang tempoh diet dan berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 8 kilogram hanya dalam masa sebulan sahaja.
Ini cadangan menu sepanjang tempoh 2 minggu;
Isnin
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
Selasa
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
Rabu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang
Khamis
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
Malam: Salad dan ayam stim
Jumaat
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
Malam: Salad dan ikan panggang
Sabtu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Buah-buahan
Malam: Sayur dan ayam stim
Ahad
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang
Malam: Sayur stim
Walaupun anda mengamalkan diet telur rebus, terdapat beberapa perkara yang perlu anda titik berat, antaranya minum air kosong 8 hingga 10 gelas setiap hari, lakukan senaman ringan setengah jam setiap pagi, langsung tidak makan makanan segera, elak minum air manis lebih-lebih yang bergas dan kurangkan pengambilan garam dan gula.