Usahawan kosmetik terkemuka Malaysia, Datuk Seri Vida akhirnya mengeluarkan single sulung pertama beliau bertajuk ‘I Am Me’. Teaser lagu itu yang pernah viral sebelum Hari Raya Aidilfitri mendapat pelbagai reaksi netizen. Menariknya lagi, I Am Me bakal dipasarkan di platform digital antaranya iTunes dan Spotify bermula Jumaat ini.
Datuk Vida juga berharap lagu ini bakal mendapat liputan bukan sahaja di negara malah antarabangsa serta dapat menyaingi bintang K-Pop terkenal, Psy atau menjadi lebih baik daripada penyanyi lagu Gangnam Style itu.
“Lagu I Am Me akan dilancarkan secara rasminya pada hari Jumaat ini (14 Julai) di semua platform digital. Manakala muzik videonya akan ditayangkan di platform media sosial pada 1 Ogos,” jelas Datuk Vida.
Lagu I Am Me dicipta sepenuhnya oleh Edry KRU dan muzik video itu diarahkan oleh Yusry Abdul Halim.
Rupanya sudah dua tahun beliau merancang tampil dengan single tetapi masa menjadi kekangan. Beliau juga memaklumkan lagu ini bukan bertujuan mempromosikan produk kosmetik keluarannya, sebaliknya satu langkah awal untuk bergelar penghibur.