spot_img
spot_img

Inisiatif China Cetus Implikasi Kepada Pelabur

spot_img

KUALA LUMPUR 11 Julai – Inisiatif Jalur dan Jalan oleh China, yang banyak membabitkan infrastruktur fizikal seperti laluan kereta api, pelabuhan dan lebuh raya, mempunyai implikasi kewangan yang penting kepada para pelabur di Malaysia.

Menurut HSBC Bank (M) Bhd., inisiatif yang telah diumumkan pada 2013 itu akan merangsang pembinaan infrastruktur me­rentasi Asia Tenggara, Asia Barat, Afrika dan Eropah.

“Projek-projek infrastruktur utama di Malaysia sendiri sudah banyak menerima pelaburan China.

- Advertisement -

“Satu daripada contoh membabitkan kerjasama strategik Melaka dan Wilayah Guangdong, bertujuan bagi mempromosikan pelbagai projek yang akan membantu membangunkan negeri ini sebagai pelabuhan dan hab strategik di sepanjang laluan Jalur dan Jalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bank Pembangunan Asia menganggarkan kira-kira RM112 trilion diperlukan bagi pembangunan infrastruktur di Asia bermula dari tahun 2016 hingga 2030, disebabkan negara-negara membangun mahu meningkatkan produktiviti dan menangani pertumbuhan perbandaran serta kesan perubahan iklim.

Dana kekayaan kedaulatan telah mula menumpukan pelaburan mereka ke dalam pelaburan infrastruktur global, khususnya di benua Asia.

- Advertisement -

“Potensi pulangan yang stabil daripada pelaburan infrastruktur amat sesuai untuk pelabur-pelabur kelas pertengahan di Asia.

“Memandangkan banyak pasaran bon dengan mata wang tempatan telah berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun ini, jangkaan pertumbuhan dalam aktiviti pengumpulan modal merupakan berita baik bagi kemajuan beberapa pasaran kecil di sepanjang laluan Jalur dan Jalan,” katanya.

– bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img