spot_img
spot_img

Carrick Ganti Kapten Rooney

spot_img

LONDON: Michael Carrick menggantikan Wayne Rooney sebagai kapten Manchester United selepas penjaring terbanyak sepanjang zaman itu kembali ke Everton. “Saya rasa sangat hebat dan ia adalah penghormatan yang sangat besar untuk menjadi kapten sebuah kelab yang hebat,” kata Carrick kepada MUTV, semalam.

Pemain berusia 35 tahun itu berkata: “Ia adalah tahun ke-12 saya di sini. Saya datang ketika berusia 25 tahun. Saya tidak sangka boleh berada di kelab ini begitu lama dan banyak meraih kejayaan di sini. “Kini, untuk memimpin pemain dan memantau pemain muda, membimbing mereka dengan cara tertentu, ia perkara yang bagus dan saya sukakannya.

“Saya datang ke kelab ini sebagai pemain dan kini peminat utama. Saya membesar untuk menyayangi kelab ini sejak bertahun lalu dan untuk berada di posisi ini, ia adalah sesuatu yang istimewa. Carrick menyertai United dari Tottenham pada 2006 dan selepas Rooney kembali ke kelab lamanya, dia adalah pemain paling lama yang masih kekal di Old Trafford.

- Advertisement -

– AFP

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img