Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
spot_img
spot_img

Liberalisasi Insurans Adalah Bagus!

spot_img

BANK Negara telah mengumumkan kadar premium insurans kenderaan diliberalisasikan, ini kerana tarif insurans sebelum 30 Jun 2017, adalah berdasarkan tarif yang tidak berubah sejak tahun 1978.

Atas kerana itu, tarif itu memang harus ditukar dan saya menyokong penuh dasar liberalisasi.

Apa itu liberalisasi? Selain dari susah untuk dieja dan disebut, ia bermaksud sesuatu yang tidak lagi akan dikawal.

- Advertisement -

Untuk program liberalisasi insurans ini, Bank Negara telah mengkaji pasaran lain dan membandingkannya dengan negara kita. Hasil dari kajian mereka, liberalisasi insurans ini dilakukan dalam keadaan terkawal kerana tidak mahu adanya ‘kejutan pasaran’.

Bank Negara hanya membenarkan perubahan harga berada di dalam julat 10 peratus dari tarif lama. Jadi sekiranya insurans kenderaan anda cuma RM500 tahun lalu, tahun ini ia mungkin RM550 atau RM450.

Dasar baharu ini akan mengubah sikap pemilik kenderaan. Antara perubahan yang bakal anda saksikan ialah:

- Advertisement -

1. Kedekut, tidak akan beri kawan meminjam kereta.

Ini ialah kerana semua saman akan direkodkan di bawah sistem Kejara dan pihak insurans akan memeriksa rekod kenderaan yang meminta untuk diinsurans­kan.

Sekiranya kenderaan anda sering di saman kerana laju, ia bermakna anda ialah seorang pemandu yang tidak berdisiplin dan mempunyai risiko tinggi untuk kemalangan. Oleh itu, premium anda akan meningkat naik.

Jadi jika rakan yang memandu dan kenderaan yang disaman, premium insurans boleh naik.

2. Pemilik akan cerewet tentang tempat letak kereta.

Jika kenderaan anda mudah dicuri, ia adalah risiko tambahan kepada syarikat insurans. Atas kerana itu, premium akan dinaikkan. Tetapi, jika anda pemilik yang cermat, anda buktikan mempunyai medan letak kereta yang selamat di pejabat dan di rumah, anda memasang alat penggera tambahan agar kenderaan anda sukar dicuri dan kenderaan anda ada alat pengesan satelit agar lokasinya boleh diketahui. premium anda boleh jadi lebih rendah dari biasa!

3. Rakan ada memandu de­ngan lebih perlahan, dan lebih cermat.

Umum mengetahui Non Claim Bonus (NCB) akan meren­dahkan kadar premium insurans sehingga 55 peratus.

Itu kekal ada tetapi jika anda sentiasa disaman, atau sentiasa melakukan pembaikan kerana kemik kecil hasil tidak cermat ketika meletak kereta atau memandu, ia akan dilihat sebagai tabii seorang pemandu yang kurang berdisiplin dan berisiko tinggi. Jadi, pandu perlahan, pandu cermat!

Itu adalah antara senario yang akan berlaku dan syarikat insurans akan menekankan bahawa liberalisasi ini sebenarnya mengutamakan penghasilan pemandu dan pengguna jalan raya yang lebih selamat.

Di zaman dahulu, pemandu yang berdisiplin dan pemandu yang nakal keduanya akan membayar premium insurans yang sama walhal pemandu yang nakal berisiko tinggi.

Apa yang terjadi, pemandu yang berdisiplin seolah-olah memberikan subsidi premium insurans untuk pemandu nakal.

Dengan liberalisasi ini, pemandu yang berdisiplin akan menerima premium yang lebih rendah dari pemandu yang nakal.

Tidak ada subsidi, semuanya terpulang kepada cara pemanduan anda dalam masa setahun.

Walau bagaimanapun, saya minta Bank Negara dan kerajaan untuk memantau beberapa golongan pengguna jalan raya yang memang akan terkesan dengan perubahan insurans kenderaan ini.

Antaranya ialah:

1. Penunggang motosikal

Persatuan Insurans Am Malaysia atau PIAM berkata kebanyakan pengguna motosikal menggunakan insurans pihak ketiga.
Itu tidak benar kerana ramai yang membeli secara ansuran dan mereka diwajibkan mengambil insurans sepenuhnya.

Motosikal ialah penyumbang terbesar negara di dalam statistik kemalangan maut. Ia mempu­nyai risiko yang lebih tinggi dari kenderaan. Maka saya memohon agar harga premium untuk motosikal kecil dipantau agar ia tidak menyusahkan mereka.

2. Mereka yang tinggal di kawasan banjir dan tiada medan letak kereta

Ini memang masalah kerana bukan mudah untuk berpindah ke rumah lain. Ada kawasan yang selama ini tidak pernah banjir tetapi kerana perubahan struktur pembangunan sekeliling, kawasan mereka mula banjir.

Ada pula yang tinggal di apartmen yang kurang tempat letak kereta. Adakah adil premium tiba-tiba dinaikkan untuk mereka ini?

3. Kenderaan lama

Kenderaan lama memang sa­tu risiko tinggi kerana kadar keselamatan yang sudah lapuk serta kebarangkalian kenderaan itu tidak lagi ada komponen alat ganti. Diharap pemilik begini diberi pakej yang lebih inovatif dan mampu milik dengan cara premium dan perlindungan yang sama tetapi jarak perbatuan dikurangkan setahun.

Jika dulu ketika hendak membeli premium insurans untuk kenderaan, kita lihat hadiah percuma apa yang akan diberikan (payung dan pelindung suria cermin hadapan contohnya).
Sekarang ini, kerana harga premium yang berlainan, pemilik kenderaan perlu membandingkan harga antara syarikat A atau syarikat B.

Kita semua mahukan Malaysia menjadi sebuah negara yang aman dan maju. Jadi apa kata kita turut menjadi masyarakat yang maju, dan kita mulakan dengan memilih syarikat insurans yang menawarkan pakej perlindungan dah harga yang sesuai dengan bajet kita.

Bukankah dengan adanya pilihan, ia lebih adil?

-HEZERI SAMSURI adalah Pengarang Urusan Careta Media (careta.my)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img