spot_img
spot_img

Ramos “Tenang” Dengan Gosip Perpindahan Ronaldo

spot_img

MADRID: Kapten Real Madrid, Sergio Ramos mengakui betapa dia ‘sangat tenang’ dengan spekulasi mengaitkan perpindahan Cristiano Ronaldo daripada kelab gergasi Sepanyol itu.

“Saya sangat tenang (mengenai khabar angin itu),” kata Ramos kepada akhbar Sepanyol, Marca ketika ditanya mengenai masa depan bintang kelahiran Portugal itu.

Ronaldo mendominasi tajuk berita utama selepas berakhir musim lalu dengan media Sepanyol dan Portugal mendakwa pemenang anugerah Ballon d’Or empat kali itu akan meninggalkan juara Eropah berkenaan. Pemain 32 tahun itu dikatakan ‘kecewa’ kerana pendakwa raya Sepanyol mendakwa dia melakukan penipuan cukai sebanyak AS$16.76 juta (RM72 juta).

- Advertisement -

Ronaldo dijangka memberi keterangan di mahkamah pada 31 Julai ini. “Mereka pemain yang hebat dan berharap akan bersama kami untuk beberapa tahun akan datang,”

kata Ramos, merujuk kepada Ronaldo dan penyerang Madrid, Alvaro Morata yang dilaporkan menjadi sasaran gergasi England, Manchester United dan Chelsea. – AFP

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img