Mop lantai nampak macam tugasan yang remeh, tetapi bagi yang biasa melakukannya ini antara perkara yang memerlukan kudrat dan ketelitian untuk memastikan lantai bersih licin dan hapus dari kotoran selepas mop.
Mop lantai nampak macam tugasan yang remeh, tetapi bagi yang biasa melakukannya ini antara perkara yang memerlukan kudrat dan ketelitian untuk memastikan lantai bersih licin dan hapus dari kotoran selepas mop.
Cara mencuci yang betul sememang membantu proses mengemop supaya lebih cepat dan bersih . Ini kami kongsikan tip yang boleh dipraktikan oleh anda di rumah. Cara – caranya adalah :
Anda perlu pastikan seluruh kawasan yang ingin dimop telah disapu dengan bersih tanpa kehadiran habuk, sampah dan segala jenis kotoran yang lain supaya proses mengemop boleh berjalan dengan lancar. Dan seterusnya ikut langkah di bawah ni.
1. Air Panas & Cuka
Sediakan air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka dan mopkan seluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan semasa proses pembersihan dan biarkan sehingga kering.
2. Cecair Peluntur
Anda juga boleh menggunakan cecair peluntur seperti Clorox tetapi guna kan dengan kuantiti yang sedikit kearan ia akan meninggakjan bau yang kuat. Mopkan dan biarkan kering.
3. Pencuci Harum
Campurkan air bersama pencuci lantai yang dijual di pasaran dan mopkan lantai anda dan biarkan hingga kering,
Ok dah siap! Jika anda ikut step kat atas ni, memang confirm lantai rumah anda licin dan bersig!
Tip :
Mulakan Mop di bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
Anda boleh gunakan bancuhan khusus untuk kawasan dapur kerana kawasan ini lebih kotor berbanding tempat lain.
Mop dikembangkan supaya anda boleh melakukan kerja dengan cepat dan sekata.
Buka kipas pada volume yang tinggi supaya cepat kering.