spot_img
spot_img

Ular Sawa Tengah Jalan Sampai Jadi Jam, Hanya Wanita Ni Yang Berani Alihkan

spot_img

Sumber: Harian Metro

Bayangkan jalan raya jam teruk disebabkan seekor ular sawa yang berada di tengah-tengah jalan dan tak ada sesiapa yang sanggup dan berani alihkan ular tersebut. Ada beberapa lelaki yang hanya memerhatikan ular tersebut tetapi seorang wanita tampil berani mengalihkan ular tersebut.

Kejadian tersebut berlaku di Teresopolis, berhampiran Rio de Janeiro. Wanita tersebut turun dari keretanya dan perlaha-lahan memegang kepala ular dan membawanya ke tepi jalan sebelum melepaskannya ke dalam hutan.

- Advertisement -

 

Saksi, Paulo Vincent yang merakam video tersebut berkata, dia tidak menjangka wanita itu akan mengangkat ular tersebut kerana takut ular itu akan menyerang.

“Saya kagum dengan wanita berani itu manakala lelaki lain hanya menunggu supaya masalah itu dapat diselesaikan dengan cara lain.

- Advertisement -

“Saya rasa lelaki lain sedang mempertimbangkan untuk mengguna kayu atau memanggil pakar,” kata Paulo Vincent, saksi yang merakam video di tempat kejadian.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img