spot_img
spot_img

“Tawar Menawar Saja, Bukan Monopoli..”- Tun M

spot_img

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan parti itu tidak menguasai Pakatan Harapan (HARAPAN), sebaliknya ia hanyalah keputusan ‘tawar-menawar’.

Mahathir memberikan analogi itu apabila ditanya mengenai dakwaan bahawa BERSATU memonopoli jawatan tertinggi dalam HARAPAN.

“Tak ada. Tiada monopoli. Kita bincanglah. Macam jual barang. Pertama kita minta harga tinggi, kemudian kamu beri dan putuskanlah,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

- Advertisement -

Ditanya mengenai jawatan yang sedang diintai BERSATU, Mahathir bagaimanapun enggan mendedahkannya.

“Ini adalah perkara dalaman, kita akan bincang, kemudian kita akan buat keputusan,” katanya.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menafikan bahawa parti itu memonopoli jawatan tertinggi dalam HARAPAN dan menegaskan bahawa semua parti dalam gabungan itu mempunyai kedudukan yang sama.

- Advertisement -

“Seorang atau dua yang dinamakan itu tidak bermaksud monopoli, tidak ada satu pihak boleh memonopoli kerana kita mengamalkan dasar-dasar yang saksama, jadi tanggapan itu bagi saya tidak betullah,” kata Muhyiddin kepada wartawan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bulan lalu menolak kemungkinan pemimpin BERSATU akan mengisi jawatan pengerusi dan presiden HARAPAN, dengan menyatakan ia merupakan monopoli dalam gabungan itu.

Ketua Biro Strategi dan Dasar BERSATU Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff kemudian menjelaskan parti itu hanya mencadangkan Mahathir sebagai pengerusi dan tidak ada elemen monopoli.

‘Bincang secara dalaman’

Ditanya mengenai pertemuannya dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di London awal minggu ini, Mahathir berkata mereka tidak membincangkan calon perdana menteri sementara HARAPAN.

“Bukan jawatan, cuma (bincang) struktur (HARAPAN).

“Belum ada lagi (konsensus). Kita akan ada meeting. Lepas tu kita putus, kita beritahu kepada press (media),” katanya.

Mahathir turut ditanya mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang menyatakan Pakatan Rakyat masih wujud dalam kerajaan negeri Selangor, tetapi disangkal oleh setiausaha agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Ini masalah dalaman. Kita boleh membincangkannya secara dalaman,” kata Mahathir.

Azmin, yang juga menteri besar Selangor, mendakwa Pakatan Rakyat masih wujud dalam kerajaan negeri itu kerana pengundi memberi mandat kepada gabunagan itu pada pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, Saifuddin menyatakan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud dan kerajaan negeri tidak diperintah oleh gabungan parti politik yang tidak lagi berfungsi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img