KUALA LUMPUR: Myanmar dan Singapura dijangka menjadi lawan sukar buat skuad bola sepak bawah 22 tahun negara pada saingan Sukan SEA Kuala Lumpur kali ini selepas diundi dalam Kumpulan A, bersama Laos dan Brunei.
Jika keputusan positif mampu dicapai ketika aksi dengan dua pasukan itu, peluang negara mara ke separuh akhir pasti cerah. Untuk itu, perlawanan persahabatan menentang skuad B-22 negara di Stadium Shah Alam Khamis ini adalah medan terbaik buat pengendali, Datuk Ong Kim Swee memperkukuhkan pasukan dan menilai kekuatan sebenar.
Juara bertahan, Thailand berada dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Indonesia, Kemboja, Timor Leste dan Filipina.