Ubi kayu, kentang, keledek dan lobak merah adalah antara jenis sayuran yang sering diolah untuk menjadi kerepek dan bahan kudap – kudapan.
Tetapi tahukah anda kudapan ini tidak lah begitu menyihatkan. Sebuah kajian yang dilakukan oleh ahli gizi Charlotte Sitling- Reed menemukan kenyataan kerepek sayuran mampu menjadi lebih tidak sihat berbanding kerepek biasa.
Sebungkus kerepek sayuran terdiri daripada dua pertiga sayuran dan sisa yang lain adalah minyak dan garam.
Dipetik daripada portal Independent, fakta ini menjadikan kandungan lemak dalam setiap bungkus kerepek sayuran lebih tinggi berbanding makanan kudapan yang di anggap tidak menyihatkan.
“Kerepek tetap kerepek, walaupun diperbuat dari sayuran, tetapi ia tetap mengandungi terlalu banyak garam dan lemak ” – Jelas Striling – Reed.
Sumber Brilio.Net dan Independent.