spot_img
spot_img

Isteri Hafiz Hamidun Mohon Maaf Isu Gambar Seksi

spot_img

Kecoh di media sosial beberapa hari lepas isu Hafiz Hamidun di block dengan isterinya Siti Arifah Mohd. Amin atau lebih dikenali sebagai Joydi laman sosial Instagram.

Isu terbabit adalah gara – gara sekeping gambar yang kelihatan agak seksi untuk wanita bertudung. Dan ini isteri kepada penyanyi nasyid tersebut tampil memberikan penjelasan.

“Sebenarnya berlaku sedikit kekeliruan, itu saja. Buat masa ini saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut bagi menjaga rumah tangga,” katanya ringkas kepada BH Online.

- Advertisement -

Sebelum ini, heboh di media sosial apabila gambar promosi produk Merve keluaran syarikatnya tersebar sekali gus dianggap tidak bersesuaian dengan imejnya yang berhijab.

Yang menambahkan kekecohan lagi apabila Hafiz pula memaklumkan tidak sedar kewujudan gambar itu selepas mendakwa disekat daripada melihat akaun Instagram isteri sendiri.

“Gambar yang saya kongsi itu berada di papan iklan untuk promosi produk Merve sejak awal tahun ini, iaitu sebelum mendirikan rumah tangga dengan Hafiz.
“Bahagian dada saya pula sudah dipotong supaya tidak menonjol. Kontroversi timbul apabila netizen melihat gambar itu dalam bentuk penuh.

- Advertisement -

“Apa pun saya memohon maaf atas kekhilafan memuat naik gambar terbabit untuk tujuan promosi produk di Instagram.

“Gambar berkenaan sudah saya padamkan dan berharap perkara terbabit tidak lagi dipanjangkan,” kata Joy.

Kredit Berita Harian.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img