spot_img
spot_img

7 Pelumba Intensif Di Australia

spot_img

SEPANG: Tujuh pelumba pasukan profesional berbasikal negara, Terengganu Cycling Team (TSG) akan menjalani latihan pusat fasa akhir selama sebulan di Melbourne, Australia, sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan depan.

Ketua Pegawai Operasi (COO) TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata, dua pelumba iaitu Anuar Manan dan Mohd Zamri Saleh berlepas ke Melbourne malam ini manakala tiga lagi pelumba akan menyertai rakan sepasukan mereka di negara itu selepas menamatkan aksi dalam dua kejohanan berbeza.

Beliau memaklumkan tiga pelumba berkenaan, Mohd Adiq Husainie Othman sedang menyertai Jelajah Qinghai Lake di China manakala Mohd Shahrul Mat Amin dan Nur Amirul Fakhruddin Mazuki akan menyertai Jelajah Flores di Indonesia pada 13 Julai ini, sebelum terbang ke Australia untuk menyertai latihan pusat.

- Advertisement -

“Mohd Harrif (Saleh) tidak dapat menyertai rakan sepasukan lebih awal untuk latihan pusat di Australia kerana perlu mendapatkan rawatan susulan di Institut Sukan Negara selepas terbabit dalam kemalangan ketika menyertai Jelajah Korea, baru-baru ini. “Beliau hanya akan menyertai rakan sepasukan pada 12 Julai ini selepas mendapatkan rawatan di ISN,” kata Nasiruddin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) di sini, sebentar tadi.

Beliau memaklumkan senarai enam pelumba akhir ke Sukan SEA 2017 akan diumumkan sekembalinya skuad negara daripada latihan di Australia. – BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img