spot_imgspot_img

Vokalis Kumpulan May Dalam Keadaan Koma

Vokalis kumpulan May, Mustaffa Din atau lebih dikenali sebgai Mus telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat demam panas sejak tiga hari yang lalu.

Isteri kepada Mus, Sue mengatakan suaminya itu diletak dalam keadaan koma oleh doktor susulan keadaannya yang terlalu letih.

“Buat masa sekarang Abang Mus masih berada di zon kritikal HKL, sementara menanti untuk dipindahkan ke wad ICU (Unit Rawatan Rapi).

“Doktor sudah menjalankan beberapa ujian ¬†bagi mengenal pasti keadaannya dan keputusan hanya akan diketahui esok (Selasa),” katanya.

“Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan hari ini (Isnin) keadaannya bertambah lemah sebelum saya menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital.”

“Buat masa ini susah saya hendak cakap tentang keadaan sebenar dan harapnya tiada yang serius,”¬†jelasnya yang mengharap doa semua pihak untuk Mus.

Kredit Mstar.

comments

Terkini

spot_img
spot_img