spot_img
spot_img

Kecam Hadi Dengan Akal Pendek

spot_img

KUALA TERENGGANU – Pihak yang mengecam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung campur tangan asing dalam negara disifatkan membaca kenyataan pimpinan Pas itu dengan akal yang pendek.

Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, Abdul Hadi hanya mengingatkan semua pihak supaya tidak sesekali mengundang kuasa asing dalam penyelesaian berkait masalah dalaman negara bagi mengelak masalah tidak diingini berlaku sambil menegaskan bahawa pimpinan Pas itu tidak sesekali mempertahankan sebarang salah laku dalam negara.

Menurutnya, dengan sistem kehakiman, perundangan, pihak berkuasa dan sebagainya yang sudah tersedia dalam negara, sepatutnya semua pihak mengambil tindakan melalui kemudahan dan kepakaran yang ada untuk membuat keputusan, bukannya mengharap bantuan kuasa asing.

- Advertisement -

“Dalam isu saman sivil DoJ, Amerika Syarikat mengambil tindakan berdasarkan isu yang berlaku dalam negaranya berkait dengan 1MDB. Tindakannya itu diambil berdasarkan perundangan di negaranya tetapi di pihak kita, jangan pula cuba menjemput pihak luar untuk menyelesaikan masalah melanda negara.

“Kita tidak pertikai isu yang timbul dalam negara berkait dengan 1MDB, rasuah, penyelewengan dan sebagainya tapi bukan dengan bawa kuasa asing untuk tolong siasat bagi pihak kita,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Sebelum ini, Abdul Hadi mengingatkan bahawa campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman negara hanya akan membawa kerugian sambil memberitahu bahawa kemelut dalaman negara perlu diselesaikan secara dalaman.

- Advertisement -

Hanaiah yang juga Adun Chukai menjelaskan, semua pihak tidak tahu apa yang akan berlaku dalam keghairahan memanggil pihak asing menyelesaikan urusan dalaman negara namun tidak menolak keadaan tersebut mungkin lebih merugikan kerana ia boleh memberi ruang lebih luas kepada kuasa asing untuk mengambil ruang dan peluang ‘menjajah’ negara ini.

Beliau berkata, sekiranya BN jatuh pada PRU akan datang, ia sudah tentu menggembirakan parti politik pembangkang namun tiada gunanya jika terdapat kuasa asing dalam negara kesan daripada sikap beberapa pihak yang enggan berfikir panjang yang mungkin akan turut memberi ruang lebih mudah kepada campur tangan asing dalam pentadbiran negara.

Keadaan itu katanya sudah tentu memberi impak dan cabaran besar kepada pimpinan negara pada masa akan datang untuk memastikan hala tuju lebih baik bagi rakyat dan negara ini.

“Presiden Pas bukan buat hukum tetapi memperingatkan supaya jangan mudah kita guna kuasa asing terutama polis dunia iaitu Amerika Syarikat untuk campur hal ehwal negara,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img