spot_img
spot_img

Syarat Lulus BM Diperjelas Kepada Kabinet

spot_img

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan memberi penjelasan terperinci berhubung kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam pengambilan pegawai perubatan UD41 pada mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, penjelasan itu perlu dibuat bagi mengelak kekeliruan mengenai isu tersebut.

“Saya melihat banyak pihak yang salah faham tentang isu ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pun telah mengeluarkan kenyataan (bagi menjelaskannya) namun, masih ada pihak yang tidak memahami kenyataan itu.

- Advertisement -

“Jadi, lebih baik saya berikan penjelasan kepada Kabinet terlebih dahulu sebelum kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas Program ‘Inspire to Aspire 2017’ di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan gesaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang meminta Subramaniam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun menjelaskan mengenai isu itu.

Dr Noor Hisham dalam kenyataannya semalam berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberi persetujuan untuk melonggarkan syarat pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan pada 23 Feb lepas

- Advertisement -

Beliau menjelaskan kelonggaran syarat kelayakan Lulus Bahasa Melayu itu bagi memudahkan pelantikan secara kontrak jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 untuk graduan perubatan yang tidak menduduki peperiksaan subjek berkenaan di peringkat SPM atas pelbagai sebab. – Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img