Video yang dimuatnaik oleh pelakon kacak Daler Yusuf dikecam netizen kerana aksi yang dipercayai kurang sopan. Disebabkan itu, Daler akhirnya membuat keputusan untuk memadam video tersebut dan memohon maaf atas kecuaianya kerana terlepas pandang sensitiviti kaum hawa.
Daler menjelaskan tindakan itu dibuat secara tidak sengaja kerana terkejut Nelydia menekan brek.
“Sejujurnya saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu. Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video itu. Memang tak sangka video yang saya muat naik pagi tadi menjadi viral dan menerima banyak kecaman”
“Niat saya kongsi di Instagram hanya untuk mempromosikan salah satu babak menarik dalam drama tersebut. Terus-terang saya sendiri tak sedar babak akhir dalam video tersebut ada insiden itu. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sesuatu.” – Mtar Online