spot_img
spot_img

Saya Hanya Ada Satu Bos – Misbun Sidek

spot_img

KUALA LUMPUR: “Saya hanya terima arahan terus daripada bos saya, Datuk Seri Norza Zakaria,” kata ketua jurulatih badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek. Misbun yang secara rasminya kembali bertugas di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini berkata demikian selepas ditanya bagaimana hubungannya dengan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost.

“Saya akan memenuhi juga arahan (Frost) tetapi saya menerima arahan terus daripada Presiden sendiri. “Saya akan kerja dengan satu bos saja dan saya tak nak ramai bos lain,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pemain dan jurulatih pada hari pertamanya, yang turut dihadiri Norza di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini, hari ini. Misbun yang akan dibantu Hendrawan, Indra Wijaya, berkata beliau tidak mahu mendengar banyak arahan kerana mahu bekerja dalam keadaan selesa bagi memenuhi sasaran yang ditetapkan.

“Sekarang ini, BAM menuju kepada pembangunan dan keputusan… jadi kalau banyak suara ia akan mengelirukan dalam banyak situasi.

- Advertisement -

“Macam Pengarah Teknikal ada tugasnya dan saya akan cuba memenuhi apa yang saya perlukan dengan dia dan kalau kita perlukan sesuatu, kita boleh berbincang,” katanya. Misbun kembali berada dalam barisan kejurulatihan BAM dengan kontrak selama dua tahun sejak meninggalkan badan induk badminton itu pada 2011 selepas enam tahun berada bersama BAM.

Setakat ini, legenda badminton negara itu menegaskan beliau tidak berhasrat untuk merombak rejim latihan yang ada secara drastik. Beliau akan membuat pemerhatian ke atas pemain sepanjang minggu ini sebelum melakukan perancangan bagi memenuhi sasaran memenangi Piala Thomas dan melahirkan lebih ramai jaguh seperti Datuk Lee Chong Wei.

“Saya ada sedikit pengalaman dan pengetahuan, ia memang ada tekanan tetapi saya mengambilnya sebagai satu cabaran. Saya daripada dulu lagi suka dicabar jadi bila dicabar saya akan cuba mencari jalan keluar,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img