Sumber: Mingguan Wanita
Stress sebenarnya bila fikirkan yang rumah banyak anai-anai. Dah macam-macam cara guna untuk hilangkan anai-anai tapi masih juga ada. Anak-anai ni suka kat almari, kertas-kertas lama ke. Haa tu memang makanan diorang.
Tak perlu guna racun ke apa, ni kami nak kongsi petua nak hilangkan anai-anai.
#1. Guna garamĀ
Kalau tabur sahaja garam ianya kurang berkesan. Kalau nak lebih berkesan campurkan garam dengan air dan tembakau. Kemudian sembur pada kawasan anai-anai dan biarkan semalaman.
#2. Air kapur sirehĀ
Anai-anai memiliki kulit yang nipis dan lembut manakala kapur bersifat panas. Jadi kapur mampu membakar kulit anai-anai. Buat je air kapur dan curahkan ke atas permukaan yang ada anai-anai.
#3. Air cucian beras
Jangan buang air cucian beras yang pertama. Siramkan air tersebut pada sarang anai-anai.
#4. MInyak tanah
Minyak tanah ni bau dia agak kuat. Kalau sembur dalam rumah takut tak selasa pula nanti. Nak lebih berkesan, campurkan minyak tanah dengan minyak serai kemudian sembur atau siram pada sarang anai-anai.
#5. TembakauĀ
Campurkan tembakai dengan air dan siram atas sarang anai-anai. Biarkan semalaman.