spot_img
spot_img

Apa Salahnya PM Bercuti Guna Jet Kerajaan?

spot_img

Walaupun bercuti Datuk Seri Najib Razak tetap seorang perdana menteri yang layak mendapat keistimewaan seperti termaktub dalam peraturan kerajaan.

Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Al-Habshee, berkata pihak yang mempertikaikan percutian perdana menteri sebenarnya memiliki “pemikiran dangkal” selain hati mereka dipenuhi kebencian melampau.

Tambahan pula, katanya, Najib adalah manusia biasa yang memerlukan waktu rehat, selain turut mempunyai kewajiban bersama keluarga.

- Advertisement -

“Tidak ada keperluan bagi mana-mana pihak mempertikaikan percutian beliau,” kata Syed Ali melalui kemas kini terbaru blognya hari ini.

Najib dan anggota keluarganya berkunjung ke Bali mulai 27 Jun lalu sebelum berlepas pula ke Perth, Australia tiga hari kemudian.

Media Indonesia melaporkan Najib disertai rombongan 23 yang lain dan mereka menetap di hotel mewah St Regis di Nusa Dua.

- Advertisement -

Ia adalah penginapan sama digunakan Raja Salman Abdulaziz al-Saud antaa 4 hingga 9 Mei lalu.

Perdana menteri dan isterinya dilaporkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Kuta menaiki pesawat udara milik kerajaan yang menggunakan nombor pendaftaran 9M-NAA.

Bukan sesuatu yang dilarang

Ia mendapat kritikan sesetengah pihak yang mengaggap Najib dan keluarganya tidak wajar menggunakan pesawat milik kerajaan kerana perjalanan itu tidak melibatkan urusan rasmi negara.

Mengulas lanjut, Syed Ali berkata seseorang berhak mendapat rehat atau percutian terutama bersama keluarga kerana hanya dengan ruang tersebut mereka boleh melupakan sebarang tekanan atau kesibukan kerja.

“Masa percutian itulah mereka berpeluang bersama keluarga, mengeratkan hubungan silaturahim setelah penat bekerja dan inilah juga fitrah manusia yang memelrlukan masa rehat,” katanya.

Pihak yang mengecam penggunaan kapal terbang kerajaan pula, kata Syed Ali, sengaja bertindak begitu untuk memburukkan imej dan reputasi Najib.

“Ini semua agenda politik kotor pihak tertentu termasuk portal berita propembangkang yang dilihat seperti sengaja memainkan isu tersebut untuk menarik perhatian rakyat,” katanya.

Menurut Syed Ali, seseorang perdana menteri dan timbalan perdana menteri dibolehkan menggunakan pesawat rasmi kerajaan sama ada untuk tugas rasmi atau bercuti bersama keluarga.

Penggunaan itu, katanya, dibenarkan apabila mendapat kelulusan kabinet.

“Jadi kenapa apabila Najib bercuti bersama keluarga dengan menggunakan kemudahan pesawat kerajaan, ianya menjadi pertikaian banyak pihak terutama pembangkang, sedangkan perkara tersebut bukan sesuatu yang dilarang,” katanya.

Pembangkang dan pengkritik, jelas Syed Ali, sepatutnya berfikiran rasional dan tahu hak serta keistimewaan seseorang perdana menteri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img