Sumber: HMetro
Pasti ramai yang beranggapan Basori Lal seorang budak yang masih kecil sedangkan usianya sudah mencecah 50 tahun!
Hanya berketinggian 74 sentimeter, dia sudah berhenti membesar ketika berusia lima tahun. Semua ahli keluarganya tak pasti apa yang telah terjadi kepadanya.
Disebabkan tubuhnya yang kecil, dulu dia sering dibuli. Tapi sekarang tak lagi.
“Pengunjung dari wilayah lain datang ke sini semata-mata mahu bertemu dengan Basori. Itu satu rahmat kepada kami.
“Kami bangga ramai orang yang menyayangi dan prihatin dengan Basori,” katanya.
Basori yang tinggal dengan abangnya itu berkata, dia gembira dengan kehidupannya walaupun badannya seperti kanak-kanak.
“Saya tiada masalah dengan ketinggian saya. Saya bekerja, hidup, tidur dan makan seperti orang lain,” katanya.