Sumber: Wanista
Stressnya bila setiap kali jerawat naik kat muka mesti kat bahagian yang sama sahaja. Puas la nak hilangkan parut jerawat yang lama dah naik semula jerawat baru di tempat yang sama! Eeeeee geramnya!
Tapi apa sebenarnya punca yang menyebabkan jerawat naik di tempat yang sama ni?
#1. Suka picit jerawat
Bila picit jerawat ia akan meninggalkan kesan luka dan iritasi. Iritasi ni lah punca jerawat tumbuh di tempat yang sama. Sapu je ubat jerawat yang ada benzoyl peroxide yang boleh bunuh bakteria.
#2. Suka sentuh muka
Tangan yang kotor, lepas tu sentuh pula muka buatkan bakteria merebak dengan teruk. Paling kotor adalah kuku!