spot_img
spot_img

Bujang Senang Libas Kelantan, Seladang Kecewakan Lang Merah

spot_img

KOTA BHARU: Kelantan gagal meraih tiga mata berharga di laman sendiri apabila tewas 0-2 kepada Sarawak di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam tadi dalam aksi yang tertangguh kira-kira 45 minit akibat cuaca buruk.

Skuad kendalian The Red Warriors (TRW) bimbingan Zahasmi Ismail bermula dengan baik apabila melancarkan beberapa percubaan berbahaya menerusi Allessandro Padovani Celin pada minit ke-15 dan 17, namun buntu. Sebaliknya pelawat lebih dulu berada di depan pada minit ke-22 menerusi jaringan Demerson Bruno Costa yang berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat melalui sepakan percuma.

Sarawak kemudian menggandakan kelebihannya ke atas Kelantan pada minit ke-35 dan kali ini Mateo Roskam mengambil giliran apabila bijak mengelirukan Khairul Fahmi menerusi sepakan lambung untuk menjadikan kedudukan 2-0. Bersambung babak kedua, tuan rumah terus melancarkan serangan bertali arus menerusi rembatan Mohd Rozaimi Azwar Mat Noor pada minit ke-47 namun sedikit tersasar.

- Advertisement -

Zahasmi membuat tiga pertukaran dengan memasukkan penyerang Muhammad Danial Ashraf Abdullah bagi menggantikan Mohammad Ab Aziz Ismail dan Abou Bakr Al Mel dengan Nik Azli Nik Alias dan Mohd Norfarhan Mohamad. Bagaimanapun usaha itu tidak banyak membantu. TRW tetap berusaha untuk mencari gol penyamaan namun barisan hadapan gagal menemui sentuhan penyudah walaupun berpeluang merapatkan jurang gol pada minit ke-55 menerusi rembatan deras Abou Bakr Al Mel dan sepakan percuma Indra Putra Mahayudin pada minit ke-77.

Akhirnya, Kelantan terpaksa akur tunduk kepada pelawat 2-0 sebaik wisel penamat dibunyikan.

Di Alor Setar Pula, ketiadaan beberapa tonggak meranapkan rekod tanpa kalah Kedah di laman sendiri apabila kecundang 2-3 di tangan Perak dalam aksi Liga Super, di sini, malam tadi. Pada aksi itu, skuad Bos Gaurus lebih dulu melakukan percubaan berbahaya menerusi Yashir Pinto pada minit ke-12, namun berjaya dipatahkan manakala cubaan susulan Nazrin Nawi melencong ke bahagian kiri pintu gol.

- Advertisement -

Skuad Helang Merah yang dikendalikan Nidzam Adzha Yusoff memperoleh peluang untuk jaringan pembukaan apabila bola hantaran lintang Syazwan Zainon pada minit ke-18 tepat ke sasaran, namun gagal dimanfaatkan Syafiq Ahmad.

Perak kembali mengatur serangan apabila Pinto mencemaskan pintu gol Kedah pada minit ke-28 dengan tandukan tepat ke arah gol, namun ketangkasan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal menidakkan percubaan itu.

Perak berjaya memperoleh gol pendahuluan pada minit ke-30 menerusi percubaan Nasir Baharudin, namun bola yang cuba disekat pemain bek kanan Syazwan Tajuddin tertampan masuk ke gawang Kedah. Bersambung babak kedua skuad Helang Merah sekali lagi dikejutkan pada minit ke-46 dengan gol kedua hasil penyudah Nasir yang beraksi lincah dalam kawasan penalti buat menewaskan Ifwat.

Kedah bagaimanapun pantas bangkit memecah kebuntuan dengan gol pertama menerusi hantaran Syazwan pada minit ke-58 yang disudahkan dengan tandukan kemas pemain tengah, Sandro Da Silva. Perak memperoleh gol ketiga menerusi gerakan pantas Gilmar pada m-72, sebelum Kedah mengambil giliran menambah gol kedua menerusi tandukan Liridon Krasniqi pada minit ke-84.

Namun ia masih belum mampu menghalang Perak pulang ceria membawa mata penuh hasil kemenangan 3-2.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img