spot_img
spot_img

Usahawan Tani : Modal Teroka 100j Dari Sarawak

Sarawak akan memperuntukkan dana sebanyak RM100 juta untuk diagih-agihkan sebagai modal teroka bagi membantu memajukan golongan usahawan dalam sektor pertanian luar bandar.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata ia akan dilaksanakan pada tahun depan bagi menyokong dasar kemajuan keusahawanan sektor pertanian luar bandar di bawah Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah.

“Kalau kita ada peladang contoh waktu kita adakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, kita akan berikan modal teroka ini kepada mereka untuk meneruskan usaha mereka dalam bidang pertanian,” katanya ketika berucap pada majlis ramah tamah Hari Raya Aidilfitri anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, malam tadi.

- Advertisement -

Abang Johari berkata usaha kerajaan negeri untuk menaik taraf kelajuan internet juga bertujuan membantu golongan usahawan sektor pertanian luar bandar memasarkan produk mereka melalui ekonomi digital, cara baharu yang dirancang bagi membangunkan ekonomi Sarawak.

“Maka dengan ini sektor pertanian luar bandar dapat ditingkatkan sebab semua kita gunakan teknologi ini dan boleh memasarkan produk kita sehingga ke luar negara dan mampu memperoleh pendapatan tinggi,”jelasnya.

Sementara itu, ketua menteri berkata, kerajaan negeri akan menjadikan takungan air empangan-empangan elektrik hidro sebagai bahan mentah untuk bekalan air bersih di kawasan luar bandar Sarawak.

- Advertisement -

Menurutnya, penggantungan kepada sumber air sungai sebagai bahan mentah bekalan air bersih tidak lagi sesuai pada hari ini kerana ia terdedah kepada pencemaran akibat sungai kotor selain menghadapi risiko kekurangan air.

“Kalau dahulu kita dapat air dari sungai-sungai tetapi sekarang dari empangan elektrik hidro Batang Ai, Murum dan Baleh di mana takungan air boleh digunakan sebagai bahan mentah dan dirawat yang kemudian dibekalkan ke rumah-rumah panjang, sekolah-sekolah dan kampung di luar bandar.

“Ini adalah cara baharu dan kita akan membina rangkaian grid paip untuk salurkan air bersih kepada masyarakat luar bandar termasuk sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kemudahan bekalan air bersih,” jelasnya.

Abang Johari berkata kerajaan negeri terus komited untuk terus menaik taraf lebih 1,000 sekolah daif luar bandar termasuk 460 sekolah yang dalam keadaan sangat kritikal, kebanyakannya tidak mempunyai prasarana manakala guru-guru pula tidak mempunyai tempat tinggal yang baik.

Beliau berkata kerajaan negeri akan menggunakan peruntukan sendiri terlebih dahulu bagi menaik taraf sekolah-sekolah berkenaan dan akan menuntut bayaran daripada kerajaan pusat peruntukan yang dibelanjakan.

– Bernama

comments

Terkini

spot_img
spot_img