spot_img
spot_img

Kesakitan Belakang Bukan Penghalang Bagi Bolt

spot_img

OSTRAVA (Republik Czech): Usain Bolt mencipta kemenangan dalam acara 100 meter di Eropah pada musim terakhirnya, namun Wayde van Niekerk mencuri tumpuan di Ostrava dengan rekod dunia acara 300m.

Bolt bergelut kerana sakit belakang dan permulaan perlahan dalam saingan disertai pesaing yang lemah. Pada satu ketika pelari Cuba, Yunier Perez merasakan dia mampu mengatasi pelari tinggi lampai Jamaica itu. Namun Bolt melakukan pecutan untuk menang dengan masa sederhana 10.06 saat, memberikannya satu lagi penampilan dalam acara 100m di Liga Berlian Monaco bulan depan, sebelum penamat di Kejohanan Olahraga Dunia pada 4-13 Ogos di London.

“Saya sentiasa gemar datang ke Ostrava,” kata Bolt. “Penyokong yang hebat menjadikan kejohanan ini sangat unik.” Bolt, 30, berkata bahagian belakangnya “seperti biasa. Sentiasa menjadi isu.” “Doktor memberitahu sejak bertahun lalu bahawa semakin saya tua, ia akan menjadi semakin teruk, jadi saya perlu terus melakukan pemeriksaan dan kerana itu saya perlu menemuinya bagi memastikan semuanya berjalan lancar kerana saya rasa ia agak tegang, tetapi saya tidak cedera. Itulah yang penting, kerana itu saya gembira.

- Advertisement -

” Kehangatan sebelum perlumbaan disertai Bolt juga tidak kurang hebatnya dengan bakal pengganti pelari Jamaica itu, Van Niekerk mengotakan janjinya untuk menjadi ‘gila’ dengan catatan terpantas baharu dalam acara 300m. Pelari berusia 24 tahun itu mencipta 30.81s, mengatasi rekod lama dunia 30.85s dicipta di Pretoria pada tahun 2000 oleh pelari Amerika Syarikat, Michael Johnson.

Ini adalah kali kedua pelari Afrika Selatan itu mengatasi catatan Johnson, selepas mengatasi rekod dunia berusia 17 tahun dalam acara 400m ketika bersaing untuk memenangi emas di Olimpik Rio tahun lalu. – AFP

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img