spot_img
spot_img

Jangan Terlalu “Ghairah” Berkempen

spot_img

KOTA BHARU – Pimpinan parti dinasihatkan jangan terlalu ghairah berkempen untuk memancing undi bagi kepentingan jawatan dalam parti.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata apa yang penting adalah kemenangan dalam pilihanraya.

“Jangan guna sesuatu parti dan menjalankan kempen secara terang-terangan.

- Advertisement -

“Kita tidak mahu mana-mana pihak hanya gunakan parti untuk kedudukan mereka namun mahu kesepatakan untuk kejayaan BN di Kelantan pada PRU14) nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Mustapa menghadiri sambutan Majlis Aidilfitri bersama perantau, NGO dan penjawat awam di Pusat Transformasi Luar Bandara (RTC) di Tunjong hari ini.

Lebih 10,000 hadir pada majlis berkenaan dan pada majlis berkenaan Mustapa juga turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada keluarga asnaf dan kepada kanak-kanak.

- Advertisement -

Dalam perkembangan yang sama Mustapa berkata, jika perkara terbabit tidak dipantau ia akan merencatkan pengaruh BN di Kelantan dan rakyat akan memberi kesan yg besar kepada keputusan pengundi pada pilihan raya akan datang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img