spot_img
spot_img

“Papillon” Turut Didalam Senarai DoJ?

spot_img

Persoalan dibangkitkan sama ada Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat akan merampas filem terbaru yang diterbitkan oleh Red Granite Pictures, sebuah syarikat pengeluaran filem yang diasaskan oleh Riza Aziz, anak tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Majalah Amerika Syarikat, The Hollywood Reporter (THR) menimbulkan persoalan itu susulan tindakan DOJ yang memfailkan saman terbaru berkaitan 1MDB pada 15 Jun lalu.

Dalam laporan majalah itu, Khamis lalu, THR mempersoalkan jika pembikinan semula secara besar-besaran filem 1973 oleh Red Granite berhubung filem banduan yang melarikan diri dari penjara “Papillon” akan menghadapi nasib yang sama seperti “The Wolf of Wall Street”, “Dumb and Dumber To” dan “Daddy’s Home” .

- Advertisement -

Ketiga-tiga filem berkenaan secara bersama meraih hampir AS$805 juta di seluruh dunia.

Menurut majalah itu, dengan penggambaran selesai pada Disember selepas beberapa bulan rakaman di Eropah Timur, “Papillon” kini dalam peringkat pasca pengeluaran.

Red Granite diasaskan bersama oleh Riza Aziz dan pengeluar filem Amerika Joey McFarland pada tahun 2010.

- Advertisement -

Majalah itu juga menyebut bahawa DOJ seolah-olah kini tidak lagi memburu aset yang berkaitan secara langsung dengan dana 1MDB, tetapi sesuatu yang dibiayai oleh keuntungan yang dibuat daripada aset berkenaan.

Dalam pemfailan saman ketiga, DOJ berkata “puluhan juta dolar dana yang diselewengkan dari 1MDB” digunakan untuk membikin “Dumb and Dumber To” yang diterbitkan dan dibiayai sepenuhnya oleh Red Granite pada tahun 2013, pada anggaran sekitar AS$40 juta .

DOJ bertegas bahawa wang berkenaan dapat dikesan melalui pemindahan pertama sebanyak AS$238 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Red Granite yang dikuasai oleh Riza dan juga digunakan untuk membiayai “Wolf of Wall Street” dengan sekitar AS$21.5 juta disalurkan ke akaun “Dumb and Dumber To”, lapor THR.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img