spot_img
spot_img

Tahniah Skuad Memanah Recurve Lelaki Negara

spot_img

Skuad memanah recurve lelaki negara dilaporkan melakar kejayaan dengan membawa pulang pingat gangsa selepas menundukkan Mexico 6-2 pada kejohanan Peringkat 3 Piala Dunia 2017 di Pusat Memanah Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat.

Kontinjen negara yang dibarisi Haziq Kamaruddin, Khairul Anuar Mohamad dan Muhammad Akmal Nor Hasrin memulakan kempen acara berpasukan dengan mengejutkan Amerika Syarikat selaku tuan rumah 5-4 pada pusingan pertama.

Pada saingan suku akhir, pasukan negara mengalahkan Great Britain 5-4, namun gagal meneruskan kemaraan apabila tersungkur 1-5 kepada Rusia di peringkat separuh akhir.

- Advertisement -

Menurut laman web rasmi Persekutuan Memanah Dunia, worldarchery.org, pasukan Rusia diwakili Vitalii Popov, Arsalan Baldanov dan Artem Makhenko menangi pingat emas selepas mengalahkan pasukan trio dari Taiwan, Deng Yu-cheng, Peng Shih-cheng dan Wei Chun-heng 5-1 pada final.

Bagi acara individu, hanya Muhammad Akmal menamatkan pusingan kelayakan individu di kelompok 10 terbaik selepas mengutip 648 mata untuk menghuni tangga ketujuh.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img