spot_img
spot_img

Fasa Kedua Forest City 1.2 Billion Diteruskan

spot_img

GELANG PATAH 21 Jun – Projek pembangunan mega, Forest City meneruskan pembangunan fasa kedua yang membabitkan kawasan seluas 809.3 hektar dengan anggaran kos sebanyak RM1.2 bilion.

Ketua Pegawai Strategi Country Garden Pacificview Sdn. Bhd. (CGPV), Dr. Yu Runze berkata, pembangunan fasa kedua itu melibatkan pembinaan tiga padang golf bertaraf antarabangsa dan sebuah hotel bertaraf lima bintang.

Katanya, hotel lima bintang itu bakal mempunyai 306 bilik manakala padang golf tersebut akan mempunyai 18 lubang bagi setiap padang golf berkenaan.

- Advertisement -

“Padang golf yang pertama itu direka khas oleh Jack Nicklaus II iaitu anak lelaki kepada legenda golf dunia, Jack Nicklaus yang dijangka siap pada suku pertama tahun depan.

“Selain pembinaan padang golf dan hotel bertaraf lima bintang itu, kerancakan pembangunan fasa kedua diteruskan dengan pembinaan sebuah pusat kesihatan dari Taiwan dan Sekolah Antarabangsa Shattuck St. Mary yang akan memulakan operasi pada Ogos tahun depan,” katanya dalam sidang akhbar di Forest City di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Nicklaus II dan Pengerusi Persatuan Golf Pelancongan Johor (JGTA), Kol. (B) Mohd. Jamal Salleh.

- Advertisement -

Bagi menarik lebih ramai kehadiran pelancong, Runze memberitahu, pihaknya kini dalam perancangan untuk mewujudkan sebuah jeti feri di Forest City bagi menyediakan kemudahan pe­ngangkutan untuk para pengunjung khususnya dari Tuas, Singapura.

“Melihatkan kepada pemba­ngunan di Forest City yang semakin pesat, kita mahu ia menjadi lebih mesra pelanggan dan sebab itulah kita merancang untuk membangunkan sebuah feri jeti di sini.Bagaimanapun, perkara ini masih dalam peringkat perbincangan membabitkan Jabatan Imigresen Johor dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img