spot_img
spot_img

Gatlin Mahu Lawan Bolt Di London

spot_img

SACRAMENTO (California): Selepas beberapa tahun menjadi seteru utama Usain Bolt, Justin Gatlin jelas mahukan satu lagi perlumbaan bersama pemegang rekod dunia dari Jamaica itu. Bolt dijadual bersara selepas larian 100 meter terakhirnya di Kejohanan Dunia di London, Ogos ini dan Gatlin yang beraksi dalam saringan Amerika Syarikat esok, berharap untuk berada dalam perlumbaan itu nanti. “Ia sebahagian daripada sejarah,” kata pemenang pingat perak 100m di Sukan Olimpik itu.

“Hari itu, ia akan menjadi sesuatu yang menggembirakan dan juga sedih. “Ia juga akan menjadi satu perubahan era. Kita akan melihat penyertaan seorang individu yang mempamerkan lariannya dan menggembirakan penonton tetapi juga sudah sering kali melakar sejarah.” Biarpun hanya pernah sekali menewaskan Bolt, Gatlin berkata perlumbaan itu nanti akan menjadi sangat menyeronokkan.

“Saya sentiasa mahu bersaing dengan lawan yang mempunyai rekod,” kata pelari dari Amerika Syarikat itu. “Apabila saya kembali menyertai sukan ini, sasaran saya adalah untuk menjadi… saya berkata kepada diri saya ‘saya mahu menyamainya’,” kata Gatlin. Juara Olimpik 2004, Gatlin tidak layak menyertai Sukan Olimpik Beijing 2008 kerana digantung empat tahun akibat doping.

- Advertisement -

Dia hanya menyaksikan acara berkenaan daripada sebuah restoran ketika Bolt memadam rekod dunia 100m dan 200m ketika itu. “Ia sememangnya satu penghormatan untuk melihat sepantas manakah dia dan juga persaingan diberikannya,” kata pelari berusia 35 tahun itu. Sejak itu – Gatlin kembali daripada penggantungan pada 2010 – mereka sudah sembilan kali berlumba bersama dalam acara 100m.

Gatlin hanya meraih satu kemenangan ke atas Bolt di Liga Berlian di Rome pada 2013. – Reuters

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img