spot_img
spot_img

Undi Najib Di Pekan Merosot Mendadak

spot_img

Tahap sokongan kepada BN di kerusi parlimen Datuk Seri Najib Razak menunjukkan penurunan ketara sehingga hampir 25 peratus, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan hari ini.

Penyelaras Invoke, Rafizi Ramli, berkata kerusi Pekan – yang kini diwakili Najib – adalah antara kawasan memiliki pengundi Felda yang menunjukkan perubahan sokongan untuk BN.

Katanya, dapatan analisis Invoke mendapati sokongan rakyat kepada BN di 45 daripada 52 kawasan yang mempunyai petempatan Felda menunjukkan penurunan.

- Advertisement -

Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata, hanya tujuh kerusi parlimen di semenanjung yang mempunyai petempatan Felda mencatatkan peningkatan sokongan kepada BN.

Kerusi itu ialah Teluk Intan,Tanjung Malim dan Bagan Datuk di Perak, Bentong dan Raub (Pahang), Segamat serta Kulai (Johor).

Menurut Rafizi, kerusi Pekan berada di tempat kedua paling teruk terjejas apabila mencatatkan penurunan 23.94 peratus berbanding keputusan pilihan raya umum (PRU) ke-13.

- Advertisement -

“Walaupun saya tahu Najib tentu tidak akan gembira dengan keputusan ini, tetap inilah realitinya sekarang.

“Apa saja masalah dalam negara, Najib akan dipersalahkan,” katanya pada sidang media di pejabat Invoke di Kuala Lumpur hari ini.

Kerusi yang mempunyai pengundi Felda selalu dianggap kubu kuat BN selama ini dan sukar ditembusi pembangkang.

Pada PRU ke-13 lalu Najib memenangi kerusi Pekan dengan majoriti 35,613 undi mengalahkan calon PKR, Mohd Fariz Musa.

Najib memperoleh 51,278 undi.

Data sebelum kemelut FGV

Untuk rekod, keputusan PRU ke-10 yang diadakan pada 1999 menunjukkan kedudukan Najib sangat goyang di Pekan.

Walaupun berjaya mengekalkan kerusi itu sekali lagi Najib hanya memenanginya dengan majoriti 241 undi di depan calon PAS, Ramli Mohamed.

Kata Rafizi, kadang-kadang memang Najib bersalah dalam masalah tertentu tetapi pada ketika lain, keadaan adalah sebaliknya.

Namun, katanya, itulah kesan pada seorang perdana menteri yang dikaitkan dengan sesuatu skandal.

Rafizi yang juga anggota parlimen Pandan menjelaskan, banyak perkembangan yang berlaku di Felda – seperti kenaikan atau penurunan harga minyak sawit – semuanya dipersalahkan kepada perdana menteri.

“Itulah beban Najib kepada BN dan kerajaan,” katanya.

Kajian itu, kata Rafizi, dibuat dengan andaian berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU ke-14 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

“Kesemua kerusi parlimen yang ditandingi calon Melayu Pakatan Harapan menyaksikan penurunan sokongan BN secara mendadak,” katanya.

Penurunan paling ketara menurut dapatan Invoke ialah bagi kerusi parlimen Padang Terap, iaitu 24 peratus. Ia diikuti dengan Pekan (23.9 peratus), Sik (23.74 peratus), Kubang Pasu (22.41 peratus) dan Baling (21.95 peratus).

Kata Rafizi, berdasarkan kajian Invoke, antara sebab penurunan sokongan itu adalah akibat kemelut berpanjangan Felda pada akhir 2016.

Katanya, isu berkenaan memberi kesan secara langsung kepada peneroka terbabit.

Turut mempengaruhi pendirian penduduk Felda, kata Rafizi, ialah skandal peringkat nasional yang dikaitkan dengan Najib, serta kenaikan harga barang yang meruncing di seluruh negara

“Menariknya, penurunan tahap sokongan ini berlaku sebelum kemelut terkini di FGV.

“Invoke belum sempat untuk melakukan analisis pada data-data terbaru tetapi yakin jika pola sentimen pengundi di 53 kerusi parlimen Felda tidak berubah, peluang untuk melakukan perubahan kerajaan persekutuan tidaklah mustahil pada PRU ke-14 ini,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img